[VIDEO]”Hari Terakhir, Lepas Ni Tak Ada Lagi” – Datin Shahida Muatnaik Kenangan Bersama Qayyum

Semalam, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida ada memuat naik sepotong video yang merakamkan aksi anak angkatnya Qayum yang berlatar belakangkan sedutan lagu.

Menerusi ruangan kapsyen, Shahida ada menulis ia latar tersebut merupakan sebuah lagu khas yang didedikasikan buat anak-anaknya. Ia merupakan lagu selawat dan akan dikongsikan di saluran YouTube tidak lama lagi.

“Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik.

“Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun…lagu selawat. Saya just suka2 je utk anak2 saya dgr tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum.

“Semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia,” tulisnya.

Pada masa sama, Shahida turut meminta maaf buat ibu kandung kanak-kanak berkenaan andai selama ini dia tidak dapat menjaga Qayyum dengan baik.

“Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia. Saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti,” katanya lagi.

Terbaru, dia sekali lagi memuatnaik video yang menunjukkan dirinya bermanja dengan Qayyum.

VIDEO :

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut meminta Datin Shahida supaya tabah dengan perkara itu.

2 Anak Angkat Datin Shahida, Ameena & Qayyum

Antara komen netizen

Apapun, kami di sini sentiasa mengharapkan yang terbaik buat keluarga Datin Shahida dan si comel Qayyum.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Datin Shahida


Apa Kata Anda?