
Penyanyi lagu Setiaku Pasti, Fara Hezel, 22, diumumkan sebagai peserta pertama disingkirkan dari pentas program realiti Big Stage 2018 (BS 2018) yang berlangsung di Wisma MBSA Shah Alam, di sini malam tadi.
Menampilkan dua juri tetap profesional yang terdiri daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir serta seorang juri undangan iaitu Tomok, kedudukan Fara dilihat goyah sebaik menyampaikan lagu Cinta Tersimpul Rapi nyanyian asal Anis Suraya.
Selain Fara atau nama sebenarnya Nur Faraazira Yusri, dua lagi peserta kelompok tiga tercorot ialah Wani Kayrie dan Ariff Bahran yang gagal memikat hati juri untuk berada pada kedudukan selamat.
Selain itu, Alif Satar bergandingan bersama Sherry Al-Hadad menjadi hos buat program Big Stage tersebut. Telatah dan kelucuan mereka berdua menggamatkan lagi pentas tersebut. Menerusi video ini, Sherry menyanyikan lagu milik Dato’ Siti Nurhaliza sambil menyakat juri Faizal Tahir.
VIDEO :
Netizen juga turut terhibur dengan telatah Sherry tersebut dan meninggalkan beberapa komen di ruangan posting Instagram itu.
Baik habis performance
Tak pernah mengecewakan
Confident, sedap tak sedap belakang janji enjoy
Nasib baik tak rampas mic
Teks oleh : Staf Soya Lemon
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber : Instagram RotiKaya via SoyaLemon