[GAMBAR & VIDEO] “I Love You Sayang”- Shukri Yahaya, Tya Adnan Sambut Anniversary Ketiga Di Korea

Pelakon Shukri Yahaya dan isteri, Tya Adnan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga di Korea semalam.

Meraikan hari bahagia itu, Shukri memuat naik sebuah video beserta lirik lagu penuh bermakna sempena hari bersejarah mereka menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Di akhir lirik lagu tersebut, Shukri menyatakan rasa cintanya terhadap isteri kesayangannya.

“Maybe I didn’t love you, quite as often as I could have. Maybe I didn’t treat you, quite as good as I should have.

“If I made you feel second best, Girl I’m sorry I was blind. You were always on my mind. You were always on my mind. And maybe I didn’t hold you, All those lonely, lonely times.

“I guess I never told you, I’m so happy that you’re mine. Little things I should have said and done. I just never took the time. But you were always on my mind. You were always on my mind.

“Tell me, tell me that your sweet love hasn’t died.. I love you sayang @tyaadnan Happy 3rd Anniversary,” tulisnya.

Perkongsian Shukri di IG itu mendapat pujian pengikut yang rata-ratanya menyifatkan lagu yang ditujukan kepada Tya itu sangat romantik selain mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 28, berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Gempak 


Apa Kata Anda?