Sian Dato Aliff Syukri, Baim sayang abah sebab abah banyak duit.

Memasak & berkebun hobi Dato Aliff Syukri

“Saya cuma masak nasi ayam, laksa dan pengat pisang.Tak tahulah rasanya…

“Saya masak tapi bibik (pembantu rumah) tolong siapkan bahannya,” ujar ikon usahawan berjaya yang terkenal dengan slogannya, “Terlajak laris!”

Ternyata masakan anak kelahiran Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang memang enak.

Meskipun masa terhad untuk mengejar banyak urusan saban hari, namun beliau masih dapat meluang masa dengan bangun lebih awal untuk ke dapur.

Beliau minat memasak sejak kecil lagi.

Anak ketiga daripada lapan beradik belajar memasak ketika tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

“Saya terkejut bila dapat tawaran untuk menjayakan program rancangan memasak di televisyen akan datang.

Rasa teruja juga sebab tak pernah terlibat penggambaran seperti ini.

“Saya juga suka menghias kediaman. Isteri saya serahkan semuanya kepada saya,” katanya.

Walaupun Aliff Syukri gemar menjaga penampilan diri, namun beliau tidak kekok untuk memegang cangkul, bercucuk tanam di sekitar kediamannya.

Baginya, aktiviti berkebun dan membuat landskap sendiri boleh menyihatkan badan, di samping mencantikkan kawasan.

“Saya berasal daripada keluarga susah. Jadi saya perlu belajar hidup berdikari untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Pengalaman paling tidak dilupakan seumur hidup saya bila hendak berniaga tapi tak ada duit. Tapi saya kuatkan azam untuk berniaga di pasar tani.

“Atas sokongan kalangan rakan dan usaha gigih, akhirnya saya dapat meningkatkan jualan produk kecantikan dan jamu dalam tempoh dua tahun,” ujar anak ketiga daripada lapan beradik.

Sumber : BH online / gviral.club

Pengakuan Berani Anak DS Aliff Syukri, Sayang abah sebab abah banyak duit

VIDEO:

 
 


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Sian Dato Aliff Syukri, Baim sayang abah sebab abah banyak duit. - Kisah Kini

Comments are closed.