[VIDEO] Siap Sedia Hadapi Fenomena Air Pasang Besar

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bersiap sedia bagi melakukan pemantauan di ban Sementa dan Batu 4 susulan fenomena air pasang besar yang diramalkan melanda beberapa daerah di negeri ini bermula hari ini hingga Khamis ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, menerusi tinjauan yang dilakukan di lokasi terlibat mendapati keadaan masih terkawal dan operasi pemantauan juga turut berjalan lancar.

“Pemantauan sejak jam 4 pagi hingga 7 pagi hari ini mendapati situasi di lokasi terlibat berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Sebelum ini, Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor memaklumkan bahawa sebanyak 10 kampung di daerah ini dikhuatiri akan tenggelam sekiranya berlaku ban pecah ketika fenomena air pasang besar yang berlaku bermula hari ini hingga Khamis.

Kawasan rendah yang berisiko dinaiki air pasang besar itu antaranya Kampung Tok Muda, Batu 5, Sementa, Teluk Gong, Sungai Serdang, Kampung Perepat dan Taman Selat Damai.

Mengulas lanjut, Rizal berkata seramai 58 anggota dari Balai Bomba Sungai Pinang ditugaskan untuk bersiap sedia bagi melakukan pemantauan di lokasi terlibat.

“Selain itu, pasukan bencana negeri, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) turut bersama-sama menempatkan anggota bagi melakukan tinjauan di sini,” katanya.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Sinar Harian via IslamikInfo


Apa Kata Anda?