[VIDEO] Bantu saudara baharu, sikap murni Rebecca dipuji

Perkongsian pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam tentang pembantu rumahnya yang mendapat hidayah untuk memeluk Islam dipuji warganet.

Menerusi video yang dimuat naik Rebecca dalam laman sosial miliknya, menyaksikan sebuah majlis kesyukuran yang turut disertakan acara pengislaman pembantu rumahnya.

Dikenali sebagai Merry, pembantu rumah warga Filipina itu kemudiannya diberikan nama Islam iaitu Siti Maryam. 

“Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT semuanya berjalan lancar. Terima kasih Allah SWT dan terima kasih semua.

“Allahhuakhbar…semoga ‘baby’ yang baru lahir ini, Siti Maryam saya beri nama baru untuknya mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. 

“Semoga terus istiqamah. Selagi dia bersama saya, insya-Allah saya bantu mengajar,” kongsi Rebecca kepada pengikutnya di Instagram. 

Alhamdulillah, besar ganjarannya mengajak orang bukan Islam ke jalan Allah. Tahniah kepada Rebecca dan pembantu rumahnya. Semoga urusan Siti Maryam mendalami  agama Islam dipermudahkan. – MHE TV

VIDEO :

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Rebecca via MHETv


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*