[VIDEO] Preview Album Single Terbaru Sarah Suhairi Pukau Peminat

Sarah Suhairi mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu ‘cover song’ tempatan dan luar negara sebelum mendapat tawaran sebagai artis rakaman. Kemunculan sulungnya dalam arus perdana adalah menerusi single berjudul Pedih.

Video paling popular  iaitu lagu cover Shape Of You (duet bersama Asad Motawh dan Betty Afryna).

Terbaru Sarah menyertai Program Realiti Big Stage. Prestasi dan bakatnya dalam  Realiti Big Stage disenangi dan menerima pujian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.Setelah selesai penyingkiran semalam, Sarah Suhairi berjaya mara ke peringkat akhir Big Stage. Finalis program ini dikehendaki menyanyikan satu lagu mereka sendiri yang dibuat dalam album single. Lihat preview lagu Nyawa Dan Raga dari Sarah Suhairi.

VIDEO :

Rata-rata peminat Sarah Suhairi mengucapkan tahniah di atas kejayaannya mara ke peringkat akhir dan berharap semoga Sarah membuat yang terbaik ketika konsert akhir nanti.

Good luck @sarahsuhairi…

Cair di hati…

Sarah all the best nyanyi dgn penuh semangat…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Sarah Suhairi


Apa Kata Anda?