Siti Aafiyah cukur rambut

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencukur rambut bayi perempuannya, Siti Aafiyah, hari ini.

Perkara itu dikongsikannya menerusi Insta Story di laman Instagram (IG).

Siti Aafiyah yang berbedung kelihatan tenang ketika rambutnya dicukur oleh seorang ustazah.

“Alhamdulilah, Siti Aafiyah bercukur hari ini oleh ustazah. Semoga diberkati dan tumbuh lagi rambut yang sihat,” katanya.

Penyanyi berusia 39 tahun ini melahirkan SITI Aafiyah secara pembedahan dengan berat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.

Siti Aafiyah

Terdahulu, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengadakan majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah bayi perempuannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Mohamad Al-Bakri.

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Siti Aafiyah cukur rambut – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.