
Artis komedi, Shuk, 31, dipilih menerajui segmen Geng Pagi Hot bersama Ajak dan Fizie, bermula hari ini.
Menurut kenyataan pengurusan Rangkaian Radio Media Prima, penyertaan Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, ke dalam keluarga stesen terbabit berkuat kuasa awal bulan ini.
Sebagai personaliti hiburan dikenali masa kini, kemasukan Shuk bakal merancakkan suasana pagi pendengar Hot FM bersama dua penyampai berkenaan.
Rombakan dilakukan sesuai dengan usia stesen terbabit yang memasuki tahun ke-11 ke udara.
Perubahan dibuat sejajar usaha sentiasa tampil dengan pembaharuan dan perubahan semasa, selain visi menjadi jenama dengan fokus utama dari segi muzik, hiburan serta pengisian gaya hidup terkini.
VIDEO :
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber : FB VideoNonStop via SoyaLemon