“Dulu Saya Malu Juga Nak Jerit”. Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Zaman Kanak-kanak Sebelum Bergelar Bintang

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui tidak pernah berasa malu untuk berkongsi kisah hidupnya yang mula menjual kuih seawal usia 10 tahun demi untuk membantu ekonomi keluarga.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu tampil berkongsi kisah kejayaan hidupnya di hadapan kira-kira 300 usahawan pada Program Dialog Bersama Usahawan Wanita Malaysia ‘Wanita Pemacu Ekonomi Negara’ di Hotel Premeira, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Menurutnya lagi, pengalaman berharga yang tidak boleh dibeli di mana-mana itulah yang meletakkan dirinya berada pada tahap sekarang.

“ Seawal usia 10 tahun saya sudah dididik oleh ibu untuk menjual kuih di kawasan perumahan polis, kantin sekolah, pasar malam dan sebagainya.

“ Mula-mula saya memang malu, jerit pun perlahan. Sebab saya seorang yang pemalu, namun lama-lama saya menjadi semakin berani dan ia merupakan pelajaran yang kita tidak boleh dapat di mana-mana,” katanya.

Menurut pelantun lagu Anta Permana itu lagi, meskipun masyarakat lebih mengenalinya dalam bidang nyanyian selama 23 tahun, namun hakikatnya bidang perniagaan juga telah lama diceburi dengan menubuhkan syarikat pengurusan sendiri pada tahun 1998.

“ Selepas dua tahun bergelar penyanyi, saya membuat keputusan untuk membuka Siti Nurhaliza Productions bagi memudahkan pengurusan karier saya.

“ Manakala pada tahun 2010 saya melebarkan lagi cabang perniagaan dengan memperkenalkan jenama kosmetik saya sendiri iaitu SimplySiti dan enam tahun selepas itu saya membuka butik pakaian Creacion by Siti Nurhaliza.

“Sepanjang tempoh itu, banyak cabaran yang saya perlu tempuh. Memang betul saya mempunyai kelebihan sebagai artis dan suami (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) juga seorang usahawan. Alhamdulillah, tetapi kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha dan ilmu,” katanya.

Tambahnya lagi, golongan wanita yang berhasrat untuk menjadi usahawan jangan sesekali malu dan perlu sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan.

“ Saya berdiri di sini hari untuk berkongsi kisah dengan harapan wanita-wanita lain juga dapat mencapai kejayaan masing-masing nanti,” katanya.

Gambar Siti Nurhaliza sedang menjalani ujian JPJ

Sekilas info tentang kehidupan awal Siti Nurhaliza

Siti dilahirkan pada hari Khamis, 11 Januari 1979 (bersamaan 12 Safar 1399 Hijrah) di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak keempat dalam tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail (1942–2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik (lahir 1948), seorang surirumah dan peniaga.

Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik, yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah juga bekerja sebagai penyanyi, adik-beradiknya yang lain termasuk Saiful Suhairil (mening gal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz dan Mohd Ali.

Datuknya, Bachik Abdul Rahman ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal. Siti merupakan penyanyi utama kumpulan ‘Family Group’, yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik. Sepupu beliau, Rafidah Ibrahim juga bergiat aktif dalam bidang muzik dan lakonan.

Sewaktu zaman kanak-kanak, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah dan kokurikulum, termasuk sukan dan pidato. Siti menerima pendidikan awalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh.

Di sinilah beliau mula menyerlahkan bakat nyanyian pada usia enam tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional “Sirih Pinang” di acara akhir tahun persekolahan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, kemudian menyambung pelajarannya di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : sinarharian


Apa Kata Anda?