Hanya 100,000 Pisahkan Siti Nurhaliza Dan Neelofa Di IG

INSTAGRAM (IG) dan artis kini tidak dapat dipisahkan. Kalau dahulu peminat perlu membeli naskhah majalah mahupun surat khabar demi mengikuti berita terkini artis kesayangan mereka.

Kini tidak lagi, apabila media sosial seperti IG menjadi pilihan ramai artis untuk berkomunikasi dengan para peminat.

Jadi, tidak hairanlah ia kini menjadi antara platform untuk melihat populariti masing-masing.

Terkini, Neelofa dikatakan mendahului artis terkenal lain dengan 5.8 juta pengikut. Jumlah ini mendahului 100, 000 jumlah pengikut IG, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, penyanyi tersohor negara ini sebenarnya menunjukkan peningkatan yang tinggi, dari 4.7 juta pengikut pada bulan Mac kepada 5.7 juta orang pengikut. Ini membuktikan Datuk Seri Siti masih gah di hati peminat setelah 23 tahun bertapak dalam industri hiburan tanah air.

Berikut adalah 10 artis terkenal yang mempunyai pengikut IG paling ramai di Malaysia.

1.@neelofa (Neelofa Noor) – 5.8 juta

2.@ctdk (Siti Nurhaliza) – 5.7 juta

3.@noradanish (Nora Danish) – 5.6 juta

4.@zizanrazak869 (Zizan Razak) – 5.3 juta

5.@schaalyahya (Scha Alyahya) – 4.5 juta

6.@haniszalikha (Hanis Zalikha) – 4.5 juta

7.@missfazura (Nur Fazura) – 4.3 juta

8.@jannanick (Janna Nick) – 4 juta

9.@elfiraloy (Elfira Loy) – 4 juta

10.@awalashaari (Awal Ashaari) – 3.9 juta

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: MHETV.my


Apa Kata Anda?