“Terkejut Anak Dalam Perut…”- Siti Nurhaliza Tegur Siti Sairah Menjerit Ketika Menyanyi

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegur adiknya Siti Sairah supaya jangan terlalu menjerit ketika menyanyi.

#bigstage #astro ❤️❤️❤️ @ctdk

A post shared by SIti Sairah Tarudin (@sitisairahtarudin) on

Siti Nurhaliza menegur adiknya kerana bimbang bayi dalam kandungannya terkejut mendengar jeritannya.

“Jangan over sangat jerit tu. Terkejut anak dalam perut,” katanya.

Siti berkata demikian dalam komen yang diturunkan ke entri Instagram (IG) Sairah semalam.

Majlis Menyambut Menantu. 28 July 2018 #sharidanXsairah @ctdk . Kredit Baju Pengantin Lelaki @dwenraha . Baju pengantin Perempuan @eyzadelfiedesign . MUA @nyssaghzli (Makeup @officialsimplysiti ) . Catering @mohd.f.khalid.88 @nlkateringkanopi . P.A syterm Mohd zamri Q entertaiment pa system.. . Foto&video @lovepicturesstudio . Kadkahwin&bunting @mrscreativedesign Tudung @vendora.hijab

A post shared by SIti Sairah Tarudin (@sitisairahtarudin) on

Menerusi entri tersebut, Sairah memuat naik videonya sedang menyanyi lagu dari penyanyi Indonesia Krisdayanti berjudul Mencintaimu.

Dalam video tersebut, Sairah menyanyi dengan nada yang tinggi.

Sairah bagaimanapun, menuruti kata kakaknya apabila membalas komen tersebut.

“Hehe baiklah,” tulisnya dalam ruangan komen yang sama.

Gelagat dua adik beradik itu bagaimanapun telah mencuit hati pengikutnya.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Gempak


Apa Kata Anda?