“Sorry Khai Bahar, Benda Lain Boleh Share..” – Siti Nordiana

PENYANYI popular, Siti Nordiana tidak pernah menyembunyikan kewujudan anak bekas arw4h suami, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop iaitu Muhammad Raqqim Fyzal, 8, kepada anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 11.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 35, berkata, sejak kelahiran Raqqim dia sudah berkongsi perkara itu dan gembira hubungan kedua mereka akrab hingga sekarang.

Selain itu, Siti Nordiana juga dikatakan rapat dengan seorang penyanyi lelaki iaitu Khai Bahar.

Keserasian paduan suara bersama telah membuatkan penyanyi Siti Nordiana memilih Khai Bahar untuk berduet dalam single terbaharunya.

Siti Nordiana berkata idea untuk berduet bersama Khai Bahar muncul selepas nyanyiannya bersama Khai Bahar dalam aplikasi Smule mendapat sambutan peminat.

“Saya perasan setiap kali kami berduet bersama dalam Smule, orang luar serta peminat pasti suka dan video nyanyian kami dalam YouTube pun mendapat banyak jumlah tontonan.

“Kini saya nak realisasikan impian peminat yang mahu lihat kami berduet dalam versi lagu baru pula.


“Saya pun suka bila akhirnya dapat juga kami berduet dalam lagu baru kerana saya dapati kami serasi dalam setiap lagu yang kami nyanyikan,” katanya.

Terbaru, Siti Nordiana telah memuatnaik satu foto di laman Instagramnya yang menunjukkan dirinya dan Khai Bahar berada di sebuah tempat makan.

Kapsyen dari Siti Nordiana buat ramai pengikutnya ‘tidak senang duduk’. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sorry @khaibahar94 ! Benda lain bole share tapi pavlova ni x boleh k 🤪

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Sorry @khaibahar94 ! Benda lain bole share tapi pavlova ni x boleh k 🤪

Antara komen peminat.

Halah halah nak nangis rasa…

Khai tengok pavlova ke tengok Nana…

Swetnye Khai dengan Kak Nana…

Apapun, kami doakan semoga mereka terus sukses dalam bidang yang diceburi, kalau ada jodoh apa salahnya ye hihi…

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Siti Nordiana


Apa Kata Anda?