Status Tunangan Penjaga Gol, Eyra Hazali Mahu ‘Kunci Mulut’ Dahulu

PELAKON Eyra Hazali akan hanya memberi kenyataan mengenai pertunangannya dengan penjaga gol pasukan Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Muhammad Haziq Nadzli beberapa hari lagi.

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 19, berkata dia mahu menghormati keputusan keluarga dan kekasihnya itu.

“Saya minta maaf sangat-sangat. Buat masa sekarang, saya tidak mahu keluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

“Insya-Allah dalam masa tiga atau empat hari lagi, saya akan berkongsi berita itu kepada semua orang.

Foto yang sama dimuat naik Eyra dan Haziq di Instastory mereka.

“Saya ingin menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga. Apa-apa kenyataan, saya kena tunggu mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pelakon drama bersiri Mr. Grey ini diminta mengulas mengenai foto dia melangsungkan pertunangan yang dimuat naik pelakon Neera Azizi pada Sabtu.

Malah, Eyra dan Haziq juga ada memuat naik foto yang memperlihatkan tangan lelaki dan perempuan memakai cincin di InstaStory.

Dalam pada itu, aktres muda ini berharap peminatnya mendoakan yang baik-baik dan sentiasa menyokong karier seninya.

Adik kepada Eyra memuat naik foto pada majlis pertunangannya dengan Haziq pada Sabtu. Foto IG: Hazel Hazali.

“Apa-apa pun, saya berharap semua orang mendoakan yang baik-baik sahaja untuk saya dan terima kasih kepada yang sentiasa menyokong karier seni saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Haziq pernah dikecam gara-gara melakukan kesilapan ketika aksi final bola sepak Sukan SEA hingga menyebabkan Thailand beroleh jaringan kemenangan pada tahun lalu.

Cubaan Haziq menumbuk bola bagi menyelamatkan gawang Harimau Malaya bagaimanapun bertukar mimpi ngeri apabila ia memberi gol kepada pasukan lawan, sekali gus emas dirangkul Thailand.

PELAKON drama Mr. Grey, Eyra Hazali mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli.

Menurut Eyra, dia dan Haziq sudah bercinta sejak 11 bulan yang lalu dan perkenalan awal mereka bermula ketika bertemu di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Sejujurnya saya memang bercinta dengan Haziq dan rasanya kalau nak sorok-sorok pun orang sudah tahu.

“Saya dengan dia sudah 11 bulan bercinta dan kami mula berkenalan sejak Sukan SEA tahun lalu.

“Dia merupakan seorang yang saya selesa untuk berkongsi segala kisah dan sikapnya yang membuatkan saya suka padanya,” katanya kepada Gempak.

Eyra berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media 13 Khurafat, di Finas Hulu Kelang, baru-baru ini

Selain Eyra, 13 Khurafat turut dilakonkan oleh Azhan Hani, Syafie Naswip, Jasmin Hamid, Mimi Ernida, Liza Abdullah dan ramai lagi.

13 Khurafat bakal menemui penonton pada 17 Oktober ini, pada pukul 11 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

[FOTO] Majlis pertunangan mereka :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IslamikInfo


Apa Kata Anda?