Wahai Future Husband, Kita Kahwin Free. Status Terkini Zulin Aziz di Instagram Ini Buat Netizen Terharu

Baru-baru ini heboh kisah pelakon Zulin Aziz mendedahkan dia terpaksa bersanding seorang diri kerana semua persiapan perkahwinan sudah pun siap.

Disebabkan itu, Zulin telah memberitahu kepada sesiapa yang ingin menjadi suaminya kelak perkahwinannya nanti percuma kerana semua telah ditaja oleh pihak perancang perkahwinan.

“ Cantiknyaaaa..Zulin suka sangat.. Dah siap dah baju pengantin. Biarpun sanding sorang-sorang, Kak Nor (penaja) tetap jugak teruskan sponsor Zulin. Semoga dilimpahkan rezeki,amin amin ya rab.

“ Wahai future husband,kita kahwin free..semua Kak Nor nak buatkan.. tapi kalau awak tak wujud kat dunia ni,atleast saya dah merasa …” tulisnya.

Terdahulu Zulin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam perkongsian itu Zulin turut memuat naik video yang menunjukkan baju pengantin berwarna putih yang sepatutnya dipakai di hari bahagianya.

Difahamkan pada awal bulan ini, Zulin mendedahkan perkahwinannya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana hubungannya dengan seorang jejaka gagal dan putus di tengan jalan. Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Zulin bertemu dengan jodoh yang baik dengan segera.

Berikut adalah entri Zulin yang menceritakan kisah perpisahan beliau dengan bakal suami;

” Terima kasih pada semua yang mendoakan. Ucapan tahniah itu membuat hati saya. Untuk apalah saya nk buat gimik?Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya.

“Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu. Ya,saya sudah bersedia.Itulah doa dalam tahajud saya,ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.

“Akhirnya saya diketemukan dengan dia.Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia.Saya bersungguh2 kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti.

” Kita hanya merancang tapi Allah sebaik2 perancang.. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang.Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi.terlalu peribadi.hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu.

” Benda pun dah siap,bersusah payah saya buat,saya keluarkan duit sendiri,takkan saya nak simpan saja.saya ambil jalan ini untuk teruskan juga.Tak apalah,Jadi Saya buat music video.Saya gantikan dengan sesuatu yang baru.

” Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata2 semangat.Bukan mudah,saya perlukan masa nak hadap semua ini.Tapi bila saya baca cmmnt anda semua,saya sangat bersyukur sebab ramai yg sayangkan saya.

” Semoga urusan ini dipermudahkan.Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain.

Manalahtau harini saya meredah hujan,esok saya nikmati pelangi.. Maafkan saya

#Dan lelaki dlm gambar ini designer saya, bukan sidia.

Jom kita baca apa komen netizen di bawah

Dont worry zulina Allah pasti memberikan sesuatu yg terbaik buat hidup kite just need time tuk melihat kesabaran kite menunggu,salam sayang dari Indonesia for you

Alhmdullilah.allah swt tunjukkn awl2 pilihn tu slh kak…org tu xlyak tuk org kakak.. The right person akn muncul dgn izinNya..syukur smua ni tak terlmbt lg

Be strong @zulinaziz.. Bia xjdi nikah dr bcerai slpas nikah & bia ada mslh sblm kawen dr bmlsh slpas kawen.. Insya Allah Allah akn gnti yg lbih baik slpas ni.. Tke cre..

Dont worry sis. InsyaAllah ada rezekinya tu. Cepat or lambat je. Terus kuat ok. Chaiyok2. U can do it moga yg baik2 je utk sis

Semoga kak zulin tabah dan mendapat jejaka yg jauh lebih baik darinya yg sudah myakitkan hati akak. Allah swt knows whats best for us. Stay strong sis

Jom lihat video baju pengantin Zulin dah siap

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: gempak via Newscoviral


Apa Kata Anda?