[VIDEO] “Mama Ingat Syamsul Yusof Datang Buat Surprise Tadi..” – Suara Danish Hakim Sebijik Macam Syamsul Yusof

Danish Hakim merupakan anak sulong  kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim.

Danish berkata, beliau bersyukur biarpun jodoh ibu dan bapanya tidak panjang, namun mereka dapat mengekalkan silaturahim yang baik demi anak-anak dan menjadi sebuah keluarga besar serta harmoni.

Mesti ramai suka tengok anak-anak pelakon Norman Hakim kan? Rasa bahagia sangat Norman dan bekas isterinya Abby Abadi mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah.

Bahkan anak-anak Norman bersama isterinya Memey juga turut dididik dengan baik supaya mencontohi akhlak abang dan kakak-kakaknya. Sememangnya mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah menjadi impian setiap ibu bapa.

Terbaru, Memey Suhaiza mak tiri kepada Danish Hakim ada memuat naik satu video di laman instagramnya, kelihatan Danish sedang berkaraoke dengan menyanyikan lagu ‘Bukan Propaganda’ daripada Syamsul Yusof. Suaranya sebijik macam Syamsul Yusoff.

VIDEO PENUH:

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: KLmenjerit Via Tube Viral


Apa Kata Anda?