[VIDEO] Sedap Betul Suara Hannah Delisha  Ada Aura Yang Memukau, Meremang Bila Dengar Dia Nyanyi.

KUALA LUMPUR: Mungkin tidak ramai tahu, bakat seni pelakon muda kelahiran Singapura, Hannah Delisha, diwarisi daripada ibunya, penyanyi era 80-an, Noor Ashikin.

Ibu kepada pelakon yang mula menyerlah menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Scorpio pada penghujung tahun 80-an dan dikenali dengan lagu seperti Tiada Lagi Ucapan Sayang, Kerana Mulut dan Sinar Di Matamu.

Beliau muncul di persada seni lebih kurang sama waktunya dengan Wann, Fauziah Latiff, Ella dan Datuk Awie.

Jadi, tidak hairanlah apabila Hannah turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, malah pernah merakamkan lagu seperti Retak (2014) dan Anugerah (2016).

  “Semua itu cerita lama. Sekarang saya bersyukur warisan seni diteruskan oleh anak sendiri. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

“Sejak kecil lagi, dia (Hannah) sering menemani saya ketika menyanyi,” katanya ketika ditemui sewaktu menemani anaknya menjalani penggambaran filem terbitan Guam Teamwork Sdn Bhd dan Nuansa Film, Langsuir, di Langkawi.

Filem arahan Osman Ali itu menemukan Hannah dengan rakan gandingannya dalam drama popular terbabit, Syafiq Kyle.

Kata Noor Ashikin, beliau berbangga dengan pencapaian awal anak perempuannya itu dalam bidang seni.

VIDEO 1 :

“Saya amat berharap dia akan terus berpijak di bumi nyata. Semoga tumpuannya dalam dunia seni juga tidak terganggu,” katanya yang turut bertindak sebagai penasihat dan perancang kepada kerjaya seni anaknya yang akan genap berusia 21 tahun pada 27 Oktober ini”.

VIDEO 2 :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Sumber : Videoviral Via Newscoviral


Apa Kata Anda?