“Alhamdulillah, Saya Sudah Sembuh Sepenuhnya” – Aaron Aziz

Pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui masalah kesihatan yang dialami sebelum ini telah pulih sepenuhnya.

Menurut Aaron, dia kini lebih berhati-hati dan sering menitik beratkan mengenai masalah kesihatan kerana tidak mahu penyakit yang dialami sebelum ini berulang kembali.

“Alhamdulillah, saya sudah sembuh sepenuhnya cuma sekarang masih dalam proses untuk terus memperbaiki emosi dalaman.

“Kalau saya cakap begini mungkin ada yang berpendapat saya sudah ingin beralih arah dan tidak mahu aktif berlakon atau sebagainya.

“Bukan begitu, pada usia sekarang, saya ingin lebih memberi fokus kepada keluarga.

“Saya tidak mahu lagi terkejar-kejar dan lebih menjaga kesihatan kerana itu amat penting bagi saya,” katanya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Operasi X yang diadakan di MM Cineplex e@Curve, baru-baru ini.

Sebelum ini, Aaron dilaporkan mengalami masalah sakit saraf ‘cervical facet arthritis’ di bahagian leher.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: gempak via BeautifulInara


Apa Kata Anda?