Suffian Suhaimi, Elfira Loy Putus Tunang?

Sejak kebelakangan ini, spekulasi hubungan Suffian Suhaimi dan Elfira Loy semakin hangat diperkatakan.

Pasangan yang bertunang pada tahun leoas ini kononnya dikatakan mengalami dugaan dalam perhubungan mereka sehingga terdapat pelbagai andaian yang mengatakan mereka bakal berpisah.

Status Untuk Siapa?

Terbaru, status di Instagram Stories Suffian menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan. Pada siapakah luahan hati tersebut ditujukan yang menceritakan betapa sedih dan susah untuk sesorang itu melepaskan mereka yang tersayang.

Terdahulu Suffian pernah membuat kenyataan bahawa hubungan mereka baik-baik sahaja namun agak ‘complicated’ dan turut akui menerima pelbagai ujian sebagai pasangan yang bertunang.

Sudah Putus?

Bagi mendapat berita lanjut, hasil carian menerusi sebuah laman sembang terdapat dakwaan kononnya pasangan ini sudah berpisah dan mencari tarikh yang sesuai untuk mengumumkan berita tersebut.

Sejauh mana berita ini, kami tidak pasti kerana ianya hanyalah spekulasi dari netizen. Apa pun kami begitu berharap hubungan mereka akan terus kekal sehingga ke jinjang pelamin seperti yang dirancang.

 

sumber : hangat, beautifulnara, Soyalemon


Apa Kata Anda?