‘Suka tengok Nora, ganti Lofa la…’ – Tampil jadi hos dalam MeleTOP, Nora Danish dapat pujian ramai

Siapa tidak mengenali dengan pelakon popular Nora Danish yang masih mempunyai bentuk badan yang cantik walaupun sudah mempunyai 3 orang cahaya mata. Mungkin salah satu faktor adalah kerana beliau mempunyai pusat kecantikkan sendiri, Karva.

Malah kini beliau jarang muncul dalam drama atau filem kerana ingin memberi fokus lebih kepada keluarga dan perniagaan. Ditambah pula, apabila sekarang beliau sudah pun mempunyai cahaya mata, Mohamd Neyqal hasil perkahwinan bersama Nedim Nazri.

Semalam, pelakon drama bersiri Puteri itu kembali muncul di kaca televisyen dalam rancangan MeleTOP yang menggantikan tempat Neelofa pada episod minggu ini.

VIDEO:

@meletop for tonite.. Tq all esp Nabil. U are awesome. ????

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

“@meletop for tonight.. Tq all especially Nabil. U are awesome. ????,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Berikutan itu, penonton setia rancangan terbitan Astro Ria dan Maya HD itu telah memberi komen di entri pelakon berusia 36 tahun itu dengan mengatakan beliau sangat comel dan bersetuju jika beliau menggantikan tempat Neelofa untuk menjadi hos episod seterusnya.

Suara Nora lembut je…

Well done Nora!

Sangat Meletop!

Tak gagap…

 

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang membandingkan antara Nora dan usahawan tudung itu mengacara kerana penonton rancangan Meletop sudah jemu melihat Neelofa pada setiap minggu.

Jemu tengok Neelofa…

Sumber : Nora Danish / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?