“Sweet & Cute Gile Hubungan Ibu & Anak” – Wan Azizah Dedah Rahsia Nurul Izzah

Sempena sambutan Hari Ibu semalam, ramai netizen mendedikasikan ucapan buat ibu tercinta.

Seorang jurugambar popular, Pinography turut meraikan hari ibu dengan berkongsi sepotong video rakaman game show yang dijayakan oleh ibu dan anak, Datuk Seri Wan Azizah dan Nurul Izzah Anwar.

PART 1 : Selamat Hari Ibu, kepada seluruh ibu di Dunia ini. Pengorbanan ibu tiada tandingannya. Selamat Hari Ibu, kami tinggalkan video ekslusif khas buat anda sempena hari ibu bersama Wanita pertama Malaysia sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia @drwanazizah dan Puteri Reformasi yang tegas dalam mempertahankan hak Rakyat dan Negara @n_izzah : : Video Team NIA : #selamathariibu #Malaysia

A post shared by PINOGRAPHY CREATIVE PRODUCTION (@pinography) on

Dalam video terbabit, pasangan ibu dan anak itu diajukan beberapa soalan trivia tentang peribadi dan minat masing-masing.

Antara ‘rahsia’ yang didedahkan oleh Wan Azizah adalah hobi Nurul Izzah yang gemar mencari lagu hit di radio.

Walaupun video itu dimuat naik di laman YouTube pada 21 Disember 2017, namun intipatinya bersesuaian untuk menggambarkan hubungan akrab ibu dan anak.

Rata-rata netizen memuji pertalian akrab yang terjalin antara dua beranak ini dan menyifatkan aksi mereka comel dan sweet.

Mari kita tonton versi penuh keletah dua beranak ini:

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: YouTube / Gempak


Apa Kata Anda?