‘Sweet’ Macam Pengantin Baru, Bila Norman Rakam Isteri Tengah Menari Tanpa Disedari

Pada kebiasaannya pasangan yang telah mendirikan rumah tangga melebihi lima tahun akan kurang menujukkan benda-benda sweet terhadap pasangan.

Walaupun sudah hampir sembilan tahun berkahwin, namun kemesraan pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza tidak pernah pudar.

Begitulah ditunjukkan oleh pelakon drama Gerak Khas itu melalui video yang dimuat naik oleh di laman Instagram miliknya apabila merakam isterinya sedang menyanyi dan menari lagu hindustan.

VIDEO :

Ingat nak record video nak bgtau yang kitaorang nak LIVE kejap je lagi pkl 10.30am kat ig saya, ig @ephyra2u,ig wifey @memeysuhaiza & fb Ephyra Oceanlife2u ,tetiber terrecord ni pulak😂So,kita tau la Kikim ikut perangai siapakan..kan..kan..?🤣

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit itu, Memey tidak perasan dengan tindakan suaminya sedang merakam dirinya yang sedang leka menyanyi dengan penuh yakin walaupun ada tersalah lirik.

Apabila tersedar dengan perbuatan suaminya, dia terus mencuba untuk merampas telefon suaminya namun Norman hanya mentertawakan situasi gelagat lucu itu.

Comelnya Memey ni..

Rata-rata peminat pasangan ini memenuhi ruangan komen dengan mengatakan mereka berdua kelihatan sangat sweet dan berasa geli hati apabila melihat telatah spontan yang comel!

Kelakarnya korang ni..

Ada juga beberapa orang yang baik hati dan risau dengan gaya pemanduan Norman. Apa pun korang memang comel dan sweet bersama, semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

Pasangan yang sweet dan manja, Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering mendapat perhatian netizen kerana hubungan mereka sangat intim dan mesra.

Baru-baru ini Norman telah memuat naik sebuah video di Instagram khusus untuk isterinya apabila beliau merakam nyanyian yang penuh dengan makna.

Dek kerana video yang viral itu, bekas isterinya, Abby Abadi telah meninggalkan komen dalm ruangan video tersebut.

Lagu yang ke – 235

Menerusi kapsyennya itu, Norman telah telah mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran Memey yang ke-30 tahun.

Kedengaran suara Norman menyanyi sedang menghayati lirik lagu berkenaan. Tambahnya, lagu tersebut adalah lagu yang ke-235 beliau menyanyi untuk diberikan kepada isteri tercinta.

Abby juga telah memberi respond yang mencuit hati ketika mendengar suara nyanyian Norman menerusi video tersebut.

“Sedapnya suara” 

Walaupun selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi dahulunya terhimpit dengan kontroversi mengenai rumahtangga namun itu tidak menghalang untuk mereka tetap berhubungan baik untuk anak-anak. Menerusi perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan 3 orang anak dikenali sebagai Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha.

Bagaimanapun, Marissa Dania anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi mula dikenali netizen apabila foto-fotonya viral di media sosial. Meskipun,  baru berusia 13 tahun gadis cantik ini menjadi tumpuan ramai kerana perwatakkan Marissa Dania kelihatan sopan dan lemah lembut.

Kelihatan matang dari usia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Norman Hakim via HCL


Apa Kata Anda?