Sweet! “Tepuklah Bantal Awak Time Nak Tidur Tu..”-Awal Ashaari Buat Kejutan Hari Kekasih Dan Ini Respon Win Scha AlYahya!

Korang semua mesti tahu kan hari ini adalah hari istimewa buat semua pasangan kekasih di seluruh dunia? Ya, Hari Kekasih ataupun Valentine’s Day! Memang ramai pasangan inginkan hari ini menjadi hari terindah buat mereka.

Awal Ashaari juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari istimewa ini walaupun berjauhan dari isterinya, Scha AlYahya. Menurut Awal dia terpaksa berangkat ke New Zealand untuk sebuah program.

Namun, itu tidak menghalang Awal untuk menjadi sweet dan mengabaikan kasih sayang untuk isterinya. Jadi, Awal sudah menyediakan sesuatu buat Scha dengan meletakkan barangan kemas jenama Swarovski di bawah bantal.

Awal meminta jika Scha ternampak videonya, sebelum tidur Scha tepuklah bantal itu dahulu. Ewah! Jauh-jauh pun nak bersemut lagi!

Hari ini terlihat posting Scha yang menunjukkan jam dan gelang yang dihadiahkan oleh suaminya, wah bukan main berkelip jam Scha yang berjenama Swarovski uolls!

Kapsyen Scha juga sangat menggelikan hati kerana dia berharap kalau tahun ini tepuk bantal dapat gelang, tahun depan nak cuba tepuk tilam pula mungkin lagi besar hadiah Awal? Hahaha!

Respon netizen

Nak tiru jugak lah letak hadiah bawah bantal, sweet gila Awal!

Untung lah tepuk-tepuk bantal dapat Swarovski, kita tepuk bantal terlelap terus

Hahaha caption win, silau je bukak IG Scha

Cantik sungguh..

Sumber: IG Awal Ashaari & Scha AlYahya

 

Kredit; ceriteradunia.org


Apa Kata Anda?