Sweetnya! Cincin Berlian Dalam Kek Cawan, Peminat Puji Cara Kekasih Lamar Nonny

Pelakon Nonny Nadirah akui tidak sangka dilamar kekasih selepas sembilan tahun menjalin hubungan cinta.

Nonny yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) itu berkongsi perasaan terujanya menerusi akaun Instagram (IG).

Menerusi entri tersebut, Nonny memuat naik video saat kekasihnya datang melamar ketika dia sedang berada di set penggambaran.

Nonny terkejut apabila tiba-tiba kekasihnya datang dengan sekotak kek cawan dan sebentuk cincin di dalamnya.

Pelakon itu kelihatan sangat terharu sehingga mengalirkan air mata saat membuka kotak berisi sebentuk cincin berlian.

Video itu mendapat perhatian peminat dan pengikut IGnya yang rata-rata merasakan Nonny wanita  bertuah apabila dliamar dengan cara yang sangat ‘sweet’.

Antara komen peminat:

“Sweet nak mampus”

“Sangat terharu”

“Nampak sangat betul-betul cinta”
 
Foto: Instagram @nonnynadirah

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?