[VIDEO] Syafiq Farhain Persembahkan Lagu Bunga Di Pentas Big Stage Buat Netizen Terpukau

Lagu Bunga yang dipopularkan oleh Ara Johari sememangnya terkenal dan berada pada carta yang tertinggi dalam setiap corong radio tanah air pada tempoh masa yang lalu. Namun kini, Syafiq Farhain membawa lagu tersebut ke Big Stage dan sememangnya suatu tugas yang sukar kerana lagu perlu dibawa dengan tone yang agak tinggi.

Syafiq Farhain menyahut cabaran dengan membawa nya dengan sangat baik dan anda boleh lihat video penuh dibawah.

Nursyafiq Farhain, Anak Saleem Iklim Yang Viral Di Media Sosial pada tempoh lalu..

Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi. Peribahasa itu sangat sesuai buat jejaka bernama Nursyafiq Farhain yang merupakan anak penyanyi popular 90-an, Saleem Iklim apabila video nyanyiannya di aplikasi Smule menjadi tular di media-media sosial penghujung Februari 2017 yang lalu.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan memberikan reaksi positif dan memuji kelunakan suara anak kelahiran negeri penyu bertelur ini. Paling menarik, netizen turut mendoakan agar pemuda ini mengikut jejak ayahnya sebagai seorang penyanyi satu masa nanti.

VIDEO :

 

Juga terdapat komen netizen mengucapkan semoga Syafiq Farhain dapat lakukan yang terbaik :

Buat yang trbaik Syafiq…..go go go …yesss yakin boleh…..leh leh abg bomba…pasti boleh….

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : IG syafiqfarhain via RimbaBara


Apa Kata Anda?