[VIDEO] Akhirnya Syafiq Kyle Bertemu Dengan Kembarnya Yang Berasal Di Terengganu

Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis.

Wajah tampan pelakon Syafiq Kyle bakal menghiasi pawagam tahun 2018 dengan tiga filem lakonannya.

Selesai membintangi filem Langsuir bersama Hannah Delisha yang dijangka muncul tahun 2018, Syafiq bakal menjengah dua set filem lain pada tahun ini.

“Untuk tahun 2018, saya sangat teruja menanti kemunculan lakonan saya di layar perak. Selepas selesai bergandingan dengan Hannah dalam filem Langsuir arahan Osman Ali, saya bakal membintangi dua filem lagi.

“Saya belum boleh mendedahkan lagi tajuk filem tersebut kerana semuanya masih dalam proses akhir. Insya-Allah, saya akan berusaha lebih bersungguh-sungguh pada tahun 2018 dan mahu mengembangkan sayap lakonan di peringkat yang lebih tinggi,” kata Syafiq

Pada video yang berdurasi pendek kali ini menunjukkan Syafiq kyle bertemu dengan Zuhairi yang mana telah viral sebelum ini kerana berwajah tampan sepertinya.

VIDEO :

 

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Yt Jebart Media via @DiariDunia

Apa Kata Anda?