Tahniah, Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Dikhabarkan Bertunang Hari Ini

Tahniah Cik Pang ucapkan kepada pelakon jelita Fasha Sandha dan pelakon kacak Aidil Aziz yang dengar khabarnya mengikat tali pertunangan hari ini.

Menurut teman Cik Pang, majlis pertunangan itu dilakukan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat pasangan itu di kediaman Fasha.

Disebabkan ini kali pertama Fasha merasai nikmat majlis bertunang dan bergelar tunangan orang, keluarganya bertungkus-lumus melakukan persiapan sejak beberapa minggu lalu.

Segala urusan berkaitan hari bersejarah ini diserahkan kepada mereka memandangkan Fasha sibuk di set penggambaran filem dan drama.

Teman Cik Pang turut berkongsi yang pasangan itu tidak mahu bertunang lama-lama.

Dengarnya kalau tiada aral, mereka bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar penghujung Februari atau Mac tahun depan.

Kesempatan ini Cik Pang memohon semua pembaca dan peminat Fasha agar mendoakan hubungan mereka berkekalan dan majlis hari ini dipermudahkan Allah. Sama-samalah kita doakan ya!

“Manis Bakal…” – Aliff Syukri Kantoikan Fasha Sandha Bakal Kahwin?

Baru saja semalam, Fasha Sandha kononnya bingung mengapa bekas suami mengucapkan tahniah kepadanya. Hari ini, khabarnya Datuk Aliff Syukri pula meninggalkan komen seolah Fasha bakal bernikah tidak lama lagi.

Menerusi Instagram Fasha telah memuat naik gambar bersama anaknya. Namun komen yang ditinggalkan Aliff seolah memberi bayangan rakan baiknya itu bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Umum mengetahui Fasha dan Aliff memang bersahabat baik, jadi tidak hairanlah kalau berita baik itu diketahui Aliff. Dalam kenyataan Fasha sebelum ini juga, beliau tidak menafikan cuma meminta memberi masa.

Kalau sudah jodoh, tunggu apa lagi. Lagi cepat lagi bagus! Bekas suami, Jejai juga sudah memberi lampu hijau, siap dengan ucapan tahniah lagi awal-awal. Harap Fasha sudi berkongsi berita baik ini nanti. 

Mak Ngah Suap Pak Ngah” – Gelagat Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Tarik Perhatian Netizen

Terdahulu, ucapan tahniah oleh bekas suami Fasha Sandha iaitu Jejai menjadi tanda tanya dan timbul khabar angin bahawa pelakon itu sudah mengikat tali pertunangan dengan Aidil Aziz baru-baru ini.

Bagaimanapun, Aidil menafikan spekulasi tersebut dan memberitahu mereka masih belum memikirkan soal untuk berkahwin dalam masa terdekat serta mahu fokus dalam kerjaya masing-masing terlebih dahulu.

Terbaru,satu video telah dimuatnaik di laman Instagram Fasha Sandha yang menunjukkan gelagatnya makan nasi lemak yang dimasak oleh Zara Zya.

 

VIDEO :

Alahai, manis jer diorang ni. Lihat apa kata netizen.

Romantiknya…

Manisnya alahai…

Alamak… Mak Ngah suap Pak Ngah…

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Metro


Apa Kata Anda?