Tahniah! Fedtri Yahya Selamat Timang Anak Keempat

Pengacara, Fedtri Yahya berkongsi berita gembira di laman Instagramnya, hari ini.

Kisahnya, dia menerima cahaya mata keempat apabila isterinya selamat melahirkan anak lelaki mereka, pagi tadi.

“Alhamdulillah, syukur… Isteri saya telah selamat melahirkan anak keempat pada jam 1145 pagi tadi.

“#babyboy. Bayi dilahirkan secara normal. Alhamdulilllah, permulaan yang indah untuk 2019 ini.

“Mohon doa sahabat-sahabat sekalian agar urusan keluarga saya dipermudahkan. #newborn #january,” tulisnya di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, syukur… Isteri saya telah selamat melahirkan anak keempat pada jam 1145 pagi tadi. #babyboy ❤️❤️❤️❤️ Bayi dilahirkan secara normal. Alhamdulilllah…. Permulaan yang indah untuk 2019 ini… Mohon doa sahabat-sahabat sekalian agar urusan keluarga saya dipermudahkan. #newborn #january

A post shared by 🎶Ahmad Fedtri Yahya🎶 (@fedtriyahya) on

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mengucapkan tahniah buatnya.

Sebelum ini, Fedtri berkahwin dengan Nurul Anati Ismail pada Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Indah Sutera Jannah, 7 tahun, Ahmad Wildan Arjuna, 5 tahun dan anak ketiga mereka lahir pada Mei 2017.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Foto/Instagram: Fedtri Yahya

Sumber: Gengjoyah 


Apa Kata Anda?