“Tahun Lepas Adik Aku Berlakon Memang Kelakar, Kalau Pakai Juri Profesional Kau Menang”- Sharifah Shahirah

Kakak kepada Sharifah Sakinah, pelakon Sharifah Shahirah mengakui adiknya layak untuk memenangi anugerah Artis Lawak MeleTOP. 

Menerusi entri di Instagram (IG), Sharifah Shahirah atau lebih selesa dipanggil Shiera telah memberi kata-kata semangat dan mengakui adiknya itu mampu untuk memenangi anugerah jika ia dinilai oleh juri profesional.

“Tahun lepas adik aku berlakon memang kelakar nak mampus, kalau pakai juri profesional kau menang.

“Undi, memang tak dapat nak tolong sebab aku tak reti dan takda masa nak mengundi.

“Tapi kau memang kelakar dan tak ada orang boleh berlakon idea macam itu. Otak bijak, berlakon bodoh-bodoh. Teruskan mewarnai dunia seni. Bagi orang gembira.

“Bak kata Pak Ya Concode, lawak kena bohong. Aku pun kalau bab undi memang kalah kerana buta IT nak mengundi. Apapun jangan pernah putus asa untuk menghiburkan. Buat saja sampai tak larat,” tulisnya.

Tahun lepas adik aku blakon memang klakar nak mam… Kalau pakai juri profesional ko menang… Undi..memang tak dapek nolong sbb aku tak reti Dan takde masa nak ngundi Tapi ko memang klakar..takde org boleh blakon idea cenggitu Otak bijak…blakon bodoh bodoh Keep it up to color the dunia seni. Bagi org happy . Bak kata pak ya concode..lawak kena bohong Aku pun kalau bab undi…memang kalah… Buta it nak ngundi But never give up to entertain Buat je…sampai tak larat… Lupa ..tertinggal Adoiiiii jep lagi klakar tahun lepas

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Rata-rata peminat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Shiera kepada adiknya dan mereka mendoakan agar suatu hari nanti agar Sakinah akan memenangi anugerah.

Sakinah telah dicalonkan dalam kategori Artis Lawak MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP 2018 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Kategori itu telah dimenangi oleh pelakon dan pelawak Zizan Razak menerusi filem Abang Long Fadil 2.

 

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?