“Tak Boleh Makan Walau Sesuap & Tak Boleh Minum Walau Seteguk,”- Nonny Nadirah Masuk Hospital Kenapa?

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah dilaporkan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerana mengalami masaah kesihatan.

Meskipun tidak diberi tahu tentang penyakit yang dialami secara terperinci, Nonny menjelaskan keadaannya kini tidak berapa baik apabila dia tidak boleh makan dan minum sepanjang tiga hari ini.

PELAKON Nonny Nadirah mengejutkan ramai peminatnya hari ini apabila memuat naik gambarnya yang sedang terlantar di katil hospital menerusi perkongsian di laman Instagramnya pagi ini.

“Selamat pagi. Mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman, benda-benda yang positif dan sentiasa berprasangka baik, insyaallah. Semua benda yang baik-baik akan datang kepada diri anda,” uajarnya.

Biarpun tidak menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepada dirinya, namun Nonny seolah-olah memberi gambaran tentang kesakitan yang dilaluinya menerusi kapsyen yang ditulis.

 

“Boleh cerita sedikit tentang perasaan anda, macamana mana rasa bila tak dapat makan walau sesuap dan tak dapat minum walau seteguk air? Bukan sehari tapi dalam masa 3 hari?

“Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada sekarang, Dia boleh tarik anytime. Rezeki itu luas. Kita dapat bernafas sampai hari ini pun dikira rezeki. Faham erti rasa bersyukur,” katanya yang penuh dengan erti yang tersirat.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian para peminat dan pengikutnya di laman Instagram dan turut bersimpati terhadapnya. Masing-masing mendoakan Nonny segera sembuh, malah dalam masa yang sama memberi kata-kata semangat buat pelakon ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan Nonny menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

 

 

“Selamat pagi. Mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman, benda-benda positif dan sentiasa berprasangka baik dengan InsyaAllah. Semua yang baik akan datang kepada anda.

“Boleh cerita sikit tentang perasaan anda, macam mana rasanya tidak dapat makan walau sesuap dan tak dapat minum walau seteguk air. Bukan sehari tapi tiga hari, tulisnya.

Dalam pada itu, bekas peserta Akedemi Fantasia itu turut memberi tahu, supaya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan.

“Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada sekarang. Dia boleh tarik anytime. Reseki itu luas. Kita dapat bernafas sampai harini pum sudah dikira rezeki,” tulisnya.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Nonny segera sembuh dah dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Allahu, semoga Nonny sentiasa kuat dan diberi sembuh dengan segera! Amin.

BEKAS peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Nonny Nadirah, selamat bergelar isteri kepada penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP), Mustain Adnan

Menerusi laporan sebuah portal berita, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 29, sah menjadi suri hati Mustain atau nama sebenar Mohamed Mustain Mohamed Adnan, 36, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat serta wakil media.

 

Mengenakan busana pernikahan serba putih rekaan pereka fesyen Dwen Raha, majlis akad nikah dikendalikan oleh Pegawai Agama Istana Negeri merangkap jurunikah, Imbran Angun berwali hakim.

Pengantin perempuan memberikan tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.

Antara hantaran termasuk cincin pernikahan, kasut, beg tangan, set wangian, telekung dan jam tangan.

Nonny turut menerima mas kahwin sebanyak RM100.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Nonny berkata, dia yakin Mustain adalah lelaki yang terbaik buatnya selepas sembilan tahun menyulam cinta.

Bahkan, dia juga sedia menjadi ibu segera kepada anak Mustain, Mikhael Audi Putra, 12 tahun

Foto: Instagram Nonny Nadirah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : GengJoyah


Apa Kata Anda?