“Tak Naklah Dikenali Sebab Kes Viral Yang Bukan-Bukan. Nanti Orang Lagi Tidak Suka Kita,” – Ini Pendirian Elisya Sandha

Dalam perkembangan teknolgi semasa, apa sahaja yang dilakukan akan menjadi perhatian ramai, sama ada kita ni selebriti atau pun sebaliknya. Malah sekarang pun, individu yang bukan siapa-siapa pun boleh jadi viral, terutamanya apabila melibatkan kes yang tidak berapa sedap didengar.

Itulah yang dirisaukan pendatang baru yang juga merupakan adik kepada aktres terkenal Fasha Sandah iaitu Elisya Sandha yang mengakui kalau boleh, dia tidak mahu dikenali dengan cara singkat menerusi isu viral.

Sebaliknya, dia lebih selesa untuk memacu kerjaya seni dengan tenang, tanpa ada sebarang isu yang menaikkan nama, tetapi menjatuhkan air muka.

“Kalau boleh, saya tanaklah dikenali sebab kes viral yang bukan-bukan. Nanti otang akan tidak suka kita dan pada masa sama, asyik kena kecam sahaja. Biarlah saya lalui industri dengan berdiri atas bakat sendiri, meski ambil masa agak lama untuk dikenali,” katanya.

Baru sahaja selepas menjalani penggambaran drama sebanyak 26 episod berjudul Mimpi Yang Sempurna untuk siaran RTM, Elisya juga mengakui tidak berapa gemar untuk menggunakan nama kakaknya demi meraih populariti. Semahunya, dia cuba berusaha dengan cara sendiri untuk berdiri setara dengan rakan pelakon seangkatan.

“Kalau perasan pun, saya memanglah jarang nak kaitkan nama kakak. Sebab saya nak usaha sendiri. Cuba buat selagi boleh. Saya pun peri ujibakat sendiri, tanpa guna nama Fasha pun. Setakat ini alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Biarpun perlahan tapi saya okay saja.

 

“Tapi itulah masa mula-mula menapak dalam industri lakonan lebih dua tahun lalu pun ada juga cakap-cakap yang kata saya ni pasti akan gunakan nama kakak untuk popular. Tapi saya cuba sangkal pandangan tersebut dan cuba untuk usaha sendiri.

 

“Apa pun, saya bersyukur dan bertuah kerana Fasha pun banyak kongsi tips dan ajar saya untuk ambil feel dalam menghayati sesebuah watak,” katanya yang memasang harap untuk beraksi di dalam mana-mana drama rantaian di TV3 selepas ini.

Foto” Instagram Elisya Sandha

 

 

 

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?