“Tak Sabar Nak Tunggu,” – Zahirah Dan Tunang Belanja Foto, Siap Tulis Hashtag Save The Date. Kawin Februari 2020?

Pelakon cantik, Zahirah MacWilson menerusi Instagram buat tatapan umum ada berkongsi beberapa keping foto yang dirakam bersama tunangnya, pelakon Aiman Hakim Ridza.

Berlatar belakangkan panorama indah di Perth, Australia, merpati sejoli ini dirakam kandid oleh team foto, Manis Moments, sebagaimana yang ’ditagged’ pada ruangan foto.

”Part 1 – The Long Road. Every path has it’s own journey, mine led me to you.

”Soon we’ll be on our own journey, hand in hand taking the same path,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda pagar #zahirAH,  #SaveTheDate dan #20220.

Pada masa sama, hakim turut memuat naik kepingan foto dengan kapsyen serupa.

Sementara menerusi ruangan komen pula, para peminat nyata tidak sabar dan turut memuji konsep foto yang dirakam.

 

Terdahulu, keduanya difahamkan bertunang di Australia sekitar Jun tahun lalu dan kisah kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember 2018 apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.

Malah mereka berdua turut digandingkan dalam slot Megadrama menerusi drama bersiri Curi-Curi Cinta yang mendapat perhatian ramai ketika itu.

Foto: Instagram Zahirah, Aiman Hakim Ridza

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: mh


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*