Setiap Tahun Ke Tanah Suci Buat Umrah, Dato Aliff Dedah Punca Yang Buat Ramai Sebak

Baru-baru ini di IG Dato’ Aliff Syukri dan isterinya, mereka telah berkongsi beberapa video dan gambar tentang pemergian Datin Shahida ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah tanpa suami dan cuma membawa anak bongsunya bersama, Yusoff.

Sebelum ini di IG Datin Shahida, beliau ada berkongsi sebuah gambar lama dirinya dengan kapsyen panjang. Dalam kapsyen tersebut, beliau ada menyebut tentang ibadah umrah. Beliau amat bersyukur kerana diberikan kemampuan rezeki untuk mengerjakan ibadah umrah setiap tahun selama 10 tahun ini.

Dapat Umrah Setiap Tahun.. Tu Kebesaran Nikmat Paling Bahagia

Terkini di Instagram Aliff Syukri, beliau turut menulis sebuah kapsyen panjang tentang isteri kesayangannya itu pada satu video yang dikongsikannya di IG. Aliff Syukri telah menceritakan kenangan 10 tahun dahulu ketika hidupnya dan isteri tidaklah semewah sekarang.

Ketika itu, Datin Shahida ada bertanyakan dirinya jika mereka dikurniakan kesenangan satu hari nanti, dia ingin membuat umrah setiap tahun kerana berasa tenang berada di tanah suci.

Tak Kisahlah Ambik Pakej Umrah Paling Umrah paling Murah Asalkan..

Di hujung kapsyen, Aliff Syukri turut menyatakan janjinya untuk menunaikan impian isterinya tercintanya itu. Beliau turut akui bahawa dirinya bukanlah suami yang sempurna namun akan terus belajar menjadi yang terbaik buat keluarganya.

Saya Akan Tunaikan Kalau Itu Buat Awak Rasa Bahagia..

Lagu Dan Lirik Ni Amat Bermakna, Tujukan Khas Untuk Isteriku..

Akui Datin Shahida, beliau berasa tenang berada di tanah suci. Berikut adalah gambar-gambar kenangannya semasa mengerjakan umrah pada tahun lepas ketika mengandungkan Yusoff.

Ternyata, coretan Aliff Syukri kali ini pada isterinya membuatkan ramai menjadi sebak dan memberikan kata-kata yang positif di ruangan komen. Ramai yang memuji pasangan ini dan terus mendoakan kesejahteraan mereka berdua.

Caption Ni Buat Saya Ternangis Pulak..

Allah Kurniakan Isteri Yang Sangat Baik..

Tengok Video, Baca Kapsyen Terus Meleleh Airmata..

Sedih Sangat.. Semoga Keluarga Dato’ Dalam Rahmat Allah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris via MediaOhsem


Apa Kata Anda?