Saya Tekan Hon Kuat-Kuat Tetapi Dia Tetap Tak Bergerak. Saya Buka Tingkap Dan Jerit, Uncle, Uncle, Dia Tetap Tunduk Tak Bergerak – Fara Fauzana

kongsi detik cem4s di Tol Subang

Pengacara popular Fara Fauzana berkongsi pengalaman menc3maskan di tol Subang menuju Shah Alam baru-baru ini. Kejadian itu berlaku apabila sebuah kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya tidak bergerak dan keadaan pemandunya sedang menunduk ke bawah.

“Dalam asyik melayan lagu alih-aluh orang kiri kanan pakat tekan hon. Dah kenapa kereta depan tu tak nak jalan? “Kereta depan dia dah bergerak tetapi dia statik sahaja.

“Bila tengok pemandunya asyik tunduk ke bawah. Jadi, saya tekan hon kuat-kuat tetapi dia tetap tak bergerak. “Saya buka tingkap dan jerit, uncle! uncle! Tetap tunduk tak bergerak. “If dia tidur, itu normal sebab penat. Kalau dia pengs4n? Atau lebih buruk s4kit j4ntung dan…,” cerita Fafau. Fafau kemudiannya keluar daripada kenderaannya untuk memeriksa keadaan pemandu itu.

“Saya terus tekan double signal, keluar dari kereta pergi dekat uncle itu dan ketuk tingkap tetapi dia tak bergerak. “Saya ketuk lagi, kuat sikit. Akhirnya dia angkat kepala macam orang baru sedar. “Are you okay uncle? Dua kali ulang baru dia respons. “Tak kelakar! Nasib baik dia tidur. Kalaulah dia s4kit j4ntung dan tak sedarkan diri dalam keadaan sesak teruk itu, saya tak tahu.

Mungkin selepas ini kalau kita nampak orang depan tak gerak tolong jangan marah-marah. Mungkin dia perlukan kita untuk selamatkan dia daripada lebih p4rah,” pesan Fafau lagi. Perkongsian mendebarkan Fafau itu mendapat respons netizen yang berpesan sesama sendiri untuk lebih prihatin dan berhati-hati di jalan raya.

 

 

Kenali Farah Fauzana:

Farah Fauzana binti Mohd Fadzil (lahir 7 Februari 1980) lebih dikenali sebagai Fara Fauzana atau FaFau oleh peminatnya, merupakan seorang pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai penyampai radio Era FM (2003-06) dan Hot FM (2006-16).

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Mempunyai pelbagai seperti memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah, Farah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Kehidupan peribadi

Pada Julai 2016, Fara mengumumkan bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang lelaki bernama Muhammad Hafiz. Bagaimanapun, berikutan masalah peribadi, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Media Agung


Apa Kata Anda?