“Tergamak Dia Buat Macam Ni!” – Alicia Amin Kecewa Dengan Neelofa

Model dan pelakon sensasi Alicia Amin tidak senang terhadap satu produk yang dipromosikan oleh Neelofa di IG Storynya yang dikatakan boleh diberi kepada bayi.

Diharap Neelofa mengambil serius teguran ini kerana suplemen yang tidak ketahui kandungannya mungkin memberi kesan kepada organ dalaman bayi.

Alicia berpendapat, seorang berpengaruh seperti Neelofa tidak sepatutnya menyokong produk sebegitu.

Dia tidak dapat menerima bahawa individu yang pernah disenaraikan dalam Forbes 30 tergamak melakukan perkara ini.

Alicia juga kesal dengan tindakan Neelofa yang dianggap sebagai idolanya dalam bidang keusahawanan.

Sebelum ini satu kritikan telah dilemparkan terhadap Neelofa dari Doktor Rafidah Abdullah melalui twitter kerana menjadi endorser satu produk suplemen yang juga disasarkan untuk bayi.

 

Sumber : SoyaLemon


Apa Kata Anda?