“Terima kasih Aafiyah sebab kuat minum susu ibu…” – Siti Nurhaliza susut 14kg dalam masa 15 hari

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bahawa dia telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kilogram selepas 15 hari melahirkan cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah.

Menerusi laman Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkongsi dia dapat menurunkan badan dengan cepat disebabkan banyak berjaga dan puterinya si comel pipi merah yang kuat menyusu.

Alhamdullillah, hari ini hari ke-15 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin. Dato’ Dr. Vernon (doktor Aafiyah) dan Datin Dr Suhaiza (doktor Siti) gembira dengan perkembangan kami berdua. Ibu gembira sebab dah susut 14kg sebab berjaga dan Aafiyah kuat minum susu ibu. Terima kasih anak ibu tolong ibu. Alhamdullillah.

Rata-rata pengikutnya terkejut dengan perubahan tersebut dan memuji berat badan yang susut mendadak hanya dalam tempoh 15 hari.

Wah cepatnya!

Banyaknya turun berat badan!

 

Tokti dah kurus!

 

Menerusi perkongsian di Instagram juga, kelihatan penyanyi kesayangan ramai itu telah menerima kunjungan Tengku Puan Pahang Darul Makmur, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sudi menziarahi anaknya yang comel itu.

Sumber : Siti Nurhaliza

 

Kredit: Ohmymedia.cc


Apa Kata Anda?