
Tidak dapat digambarkan betapa utuhnya hubungan kekeluargaan yang terjalin antara pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 2002 , tetapi berpisah pada 2008 telah dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Bukan itu sahaja, Abby juga baru mengambil seorang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh berusia hampir sebulan pada dua minggu lalu.
Manakala Memey pula bernikah dengan Norman pada 24 September 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwishz Hakim dan Muhammad Dirkhriz Hakim.
Seorang lagi puteri sulung mereka iaitu Mikayla Delisha Hakim baru sahaja dilahirkan pada Khamis lalu.
Hari ini, keluarga mereka telah disatukan dengan mengadakan majlis sambutan Aidilfitri, kesyukuran anak-anak serta akikah, tahnik & cukur jambul bagi kedua-dua bayi tersebut.
Bunyi pun dah meriah! Apa lagi, jom kita tengok antara gambar yang dikongsikan pada sekitar majlis tersebut.
VIDEO:
Sumber : Abby Abadi / Ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady