“Ternyata Nikmat ‘Single’ Itu Erti Sebuah Kebebasan,” – Makna Hidup Solo Di Mata Zulin Aziz

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz ada berkongsikan makna ‘single’ kepada dirinya namun terselit juga sedikit lawak menerusi perkongsiannya itu.

“Sebelum kita bertiga berumah tangga, mari nikmati zaman bujang bersama…nanti mesti rindu nak macam ni.

“Yaa…Ternyata nikmat single tu adalah erti sebuah kebebasan.

“Bila bebas kau nak mintak dijaga, bila dijaga kau rindu nak bebas,kau nak apa? Tapi lagi seronok single.

“Keluar cuci mata, terlanggar bahu mamat hensem,mintak follow kat Instagram, kenal-kenal lepas tu buat hal memasinglah sebab lepas tu ko mesti tak jumpa dah atau ko sempatlah skandal kejap lepas tu putus sebab dia nampak kau kat IG like gambar ex kau

“Lepastu dia balas balik. Ha… sampai kesudah mcmtu.#takdejodohlahtu hahahaha.

“Lepas tu travel lagi, jumpa lagi…Kali ni terhantuk kepala mat saleh muka macam Adam Levine, lepas tu sambung sendiri…

“Ok sebenarnya single lagi best cuma sampai bila nak macam tu? Kita makin tua, zaman nakal dah habis…Buat masa ni,selagi kau belum kawen, enjoy ur single life. kbai,” tulisnya di Instagram.

Sebelum kita bertiga berumahtangga,mari nikmati zaman bujang bersama.nanti mesti rindu nak mcmni. Yaa.Ternyata nikmat single tu adalah erti sebuah kebebasan. Bila bebas kau nak mintak dijaga, bila dijaga kau rindu nak bebas,kau nak apa?. Tp lagi seronok single.keluar cuci mata.terlanggar bahu mamat hensem,mintak follow kat intagram..kenal2 lepastu buat hal memasinglah sbb lepastu ko mesti xjmpa dah atau ko sempatlah scandal kejap lepastu putus sbb dia nampak kau kat ig like gambar ex kau lepastu dia balas balik.ha sampai kesudah mcmtu.#takdejodohlahtu hhahaha. Lepastu travel lagi.jumpa lagi.Kali ni terantuk kepala mat saleh muka mcm adam levine .Lepastu sambung sendiri. Ok sebenarnya single lg best cuma sampai bila nk mcmtu.kita makin tua.Zaman nakal dah habis.Buat masa ni,selagi kau belum kawen,enjoy ur single life.kbai

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Alahai Zulin, cakap melalui pengalaman sendiri ke tu? Tapi, pada MH lah, mesti ada juga yang pernah melalui pengalaman yang dikongsi Zulin itu kan?

BS difahamkan, Zulin kini berada di Phuket, Thailand, sedang bercuti dengan rakan-rakannya. Wow!

Sawadika ???????? @emeliehanif_official @makeupbymaszmirza

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Apa-apapun, BS yakin, setiap orang sudah disediakan jodoh masing-masing, jadi kepada mereka yang masih single ni, ‘enjoy your single life’ okay!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Zulin Aziz via MediaHiburan


Apa Kata Anda?