Ramai Terpesona Lihat Raline Shah Di Hari Pernikahan Baim Wong, Cantik Betul!

Baru-baru ini pelakon , Raline Shah ada memuat naik gambarnya menghadiri majlis perkahwinan pasangan Baim Wong dan Paula Verhoeven.

Bagaimanapun, entri tersebut telah menarik perhatian banyak pihak yang terpegun melihat kejelitaan Raline mengenakan sepersalinan gaun biru.

Raline dilihat begitu gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada hari bersejarah sahabatnya itu.

Sehingga kini, entri tersebut telah menerima lebih 200,000 tanda suka malah turut dibanjiri komen netizen yang kagum dengan kecantikan pelakon filem Polis Evo 2 itu.

Malah, ada juga yang menyifatkan Raline kelihatan sama cantik dengan pengantin perempuan tersebut.

Ketika ini, Ralin dilihat sering berkunjung ke Malaysia dalam misi untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya yang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam negara ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Foto: Instagram Raline Shah via MH


Apa Kata Anda?