[FOTO & VIDEO] “Tiada Majlis Bertunang, Kami Masing-Masing Sibuk Kerja” – Fasha Sandha

Terdahulu, ucapan tahniah oleh bekas suami Fasha Sandha iaitu Jejai menjadi tanda tanya dan timbul khabar angin bahawa pelakon itu sudah mengikat tali pertunangan dengan Aidil Aziz baru-baru ini.

Bagaimanapun, Aidil menafikan spekulasi tersebut dan memberitahu mereka masih belum memikirkan soal untuk berkahwin dalam masa terdekat serta mahu fokus dalam kerjaya masing-masing terlebih dahulu.

“Tiada majlis bertunang pun kami masih lagi berkawan rapat dan kenali hati budi masing-masing. Buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja. Insya-Allah kalau ada jodoh kami akan beritahu pada semua.”

“Sementara itu, Aidil memberitahu dia selesa berkawan dengan Fasha kerana sikapnya yang baik hati dan penyayang serta mengakui rezekinya murah selepas berkawan dengan wanita itu.”

“Saya sentiasa menghormati dia dan dia seorang yang baik hati dan penyayang. Apa yang baik kita ambil dan kelemahan kita baiki sama-sama. Banyak perkara yang saya belajar daripada dia dan niat saya untuk berkawan dengan dia juga baik.

“Alhamdulillah, susah nak cakap tentang rezeki, jodoh, maut semua Allah dah aturkan. Saya bersyukur apa yang sudah diberikan,” ujarnya.

Komen Netizen :

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : TerlajakVirals via SoyaLemon


Apa Kata Anda?