[VIDEO] “Ayah Susun Fail Pun Kau Gelak Nak??”- Tiara Terhibur Dengan Gelagat Achey Turut Cetuskan Ketawa Netizen

Seperti yang dikkatahui ramai Pelawak dan penyanyi Achey serta isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya telah mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat setelah belum mendapat rezeki cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

Bayi yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir yang kini hampir mencecah usia 7 bulan itu dijadikan anak angkat pada 6 ramadhan lalu dan turut dijadikan sebagai anak susuan mereka bagi mengelakkan tidak timbul soal mahram apabila dia dewasa kelak.

Sementara itu, Nur Hasanah pula berkata, walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman sebagai ibu-bapa namun kehadiran Nur Tiara banyak mengajar mereka.

Malah Nur Hasanah turut memuji Achey yang disifatkan sebagai ringan tulang bagi menguruskan anak mereka.

Achey juga kerap memuat naik gambar dan video Tiara bagi tatapan netizen yang sering mengikuti perkembangannya. 

Melalui entri terbaru di laman instagramnya, Achey telah memuat naik video Tiara yang sedang ketawa sakan melihat gelagat ayahnya. Video tersebut turut mencuri perhatian netizen yang turut ketawa melihat aksi mereka berdua. Malah ada dalam kalangan netizen yang memuji sikap Achey yang pandai melayani anak dan dalam masa yang sama dia turut menyelitkan unsur-unsur pengajaran yang boleh merangsang minda anak-anak. 

VIDEO 1 :

VIDEO 2 :

Antara komen netizen yang turut terhibur dengan gelagat dua beranak ini.

MUka ayah tu… Mmg kelako wat ap pun ahhahahahahaha

Ya Allah… Comell.. Sore dye tu buat untie pn ikut gelak same…

Comel nyer laa dia gelak tow..

seronok tengok ank gelak sakan bila kita buat lawak

comelnya.. mana tumpah kuah kalu tak ke nasik ya abg achey.. sama naik suara ngn ayah dia

Pandai ayh hiburkan hati putriny tu…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram acheykintangkintung via LubukMaklumat


Apa Kata Anda?