Tidak Terkejar-Kejar Dengan Populariti Lagi : Aaron Aziz

PELAKON, Datuk Aaron Aziz berkata selepas sudah meraih beberapa trofi di dalam industri hiburan kini kini tiba masanya untuk dekatkan diri kepada tuhan.  Namun bukan bermakna mahu bersara.  

Aaron juga bukan mahu menjadi seperti pendakwah bebas yang lain.

“Seperti mana umum sedia maklum sebelum ini saya kurang sihat. Alhamdulillah kini sudah kembali sembuh sepenuhnya. Oleh itu, sekarang saya lebih kepada memperbaiki diri untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

“Dalam tempoh hampir 19 tahun dalam industri hiburan ini ALLAH dah berikan kepada saya banyak peluang dan rezeki yang baik-baik. Jadi saya merasakan inilah masanya untuk berikan semula masa kepada-Nya.

Beliau dilahirkan sebagai Aaron Mustapha bin Aziz pada 23 Februari 1976 di Tampines dan dibesarkan di Pasir Ris, Singapura dan memiliki darah kacukan Melayu-Bugis-Jawa.

Beliau berkahwin dengan Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dan dikurniakan tiga anak – Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Beliau kini merupakan penduduk tetap Malaysia.

Pada 2012, Aaron meluahkan kekecewaannya di media apabila sebuah portal hiburan menyiarkan kad pengenalan Singapura yang didakwa miliknya. Nama yang tertera pada kad pengenalan rekaan sendiri itu tertera nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustapha yang didakwa merupakan nama sebenar beliau. Menurut Aaron dalam temuramah bersama Kosmo!, beliau mengetahui hal tersebut menerusi isterinya dan terkejut kerana gambar yang digunakan adalah wajah beliau tetapi nama yang digunakan sememangnya bukan namanya. Beliau berkata: “Saya rasa ramai sudah tahu nama sebenar saya ialah Aaron Mustapha Aziz bukannya Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa”.

Pada 2013, Aaron dilaporkan mengalami s4kit sendi tengkuk selepas terbabit dalam kem4langan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat keceder4an ketika di lokasi penggambaran.

 Pada 2017, beliau mengalami s4kit sendi tengkuk sehingga terpaksa menggunakan penyokong leher. Pada Mei 2018, beliau dilaporkan diserang penyakit misteri dan telah menerima rawatan dengan menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa dengan seorang kenalannya yang merupakan seorang ustaz.

Pada Oktober 2018, Aaron menafikan khabar angin mengatakan beliau terlibat dalam mana-mana perniagaan melibatkan mata wang digital Bitcoin. Beliau mendedahkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: [“Duit Boleh Cari, Tapi Benda Ni Melibatkan Orang Yang Saya Sayang]

“Bukanlah ini bermaksud nak jadi pencetus ummah, cuma antara saya dengan Dia. Saya sudah tidak terkejar-kejar dengan populariti lagi,” katanya.

Tambah Aaron, berilah peluang kepada pendatang baharu untuk mewarnai dunia hiburan.

“Saya sudah merasai zaman popular dan saya tiada masalah tentang itu. Sekarang ini saya nak lihat kejayaan pelakon lain pula seperti Hairul Azreen.

“Cuma cinta saya pada industri ini takkan ditinggalkan,” ungkapnya ringkas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : SinarHarian


Apa Kata Anda?