[VIDEO] “Terbaik Bang” – Shuib Sepahtu Tunjukkan Cara Supaya Tak Jadi Anti-Sosial

Siapa yang tak kenal dengan pelawak terkenal tanah air Shuib Sepahtu yang sering membuat penonton tidak kering gusi dengan gaya lawaknya yang tersendiri.

Terbaru, Shuib telah memuatnaik satu video di laman Instagramnya yang menunjukkan dirinya dan beberapa artis serta isteri Siti Sarah berada di sebuah restoren.

Shuib yang pada awalnya mempersoalkan mereka yang asyik bermain telefon masing-masing tanpa menghiraukan orang lain walhal duduk semeja. Selepas itu, Shuib mencadangkan agar mereka semua menyimpan telefon dan bercakap seperti biasa secara berdepan dan bukan melalui gajet.

VIDEO : 

Rata-rata pengikutnya di Instagram memuji cara Shuib itu yang bertujuan menggalakkan kita bersosial di alam nyata yang kini nyata kurang dilakukan kerana semuanya boleh dibuat di alam maya.

Memang terbaik bang buat cara mcm tu…

Hahaha terbaik…

Semua mcm terpaku hahaha…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Shuib Sepahtu


Apa Kata Anda?