[VIDEO] “First Time Tengok Tokti Macam Kanak-kanak..Comel Giler!” – Reaksi Datuk Siti Nurhaliza Tak Nak Makan Ubat Buat Ramai Terhibur

Walaupun sudah bergelar seorang penyanyi selama 23 tahun, ini adalah tahun pertama Datuk Seri Siti Nurhaliza bergelar seorang ibu sejak melahirkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu. Mengakui kehadiran seorang anak adalah antara anugerah terindah dalam hidupnya, Datuk Siti Nurhaliza sangat memanjakannya setiap kali ada masa bersama.

Dan nampaknya sifat kemanjaan itu telah terbawa-bawa dalam kehidupan Datuk Siti Nurhaliza sendiri. Baru-baru ini, PA beliau, iaitu Rozi Abdul Razak ada memuat naik satu video menarik sewaktu mereka sedang berada di sebuah studio. Dalam video tersebut, dapat dilihat yang pelantun lagu Anta Permana ini sedang menyanyi sambil bermain sebuah piano.

Tak ikut masa makan ubat rupanya, aduhai!

Posted by Mia Kacang on Friday, November 2, 2018

 

Apabila Datuk Siti Nurhaliza tersalah tone ketika bermain piano itu, Rozi terus mengusiknya untuk makan ubat. Tapi penyanyi nombor 1 negara ini pula memberikan reaksi yang sangat comel apabila menyatakan yang beliau tidak mahu makan ubat itu. Ternyata reaksi yang sangat lucu itu juga telah mendapat tumpuan ramai kerana jarang dapat melihat beliau mengada seperti itu.

First time tengok Tokti macam kanak-kanak

Lucu sangat…cuteness overload…

Esok-esok cik Aafiyah camtu laa…

Hahaha…ulang 11 kali tengok…

Ibu sape la ni…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!BS
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: IG rozisangdewi via MediaOhsem


Apa Kata Anda?