Tumpang populariti ibu, Cik B kini miliki ramai peminat

Anak kepada Datuk Seri Vida (DSV), Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali dengan panggilan Cik B memang dikenali dengan sifat spontannya telah berjaya membuat pengikut DSV terhibur ketika melayan kerenah ibunya.

Tambahan pula, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu telah menggunakan puteri sulungnya itu sebagai testimoni untuk produknya sendiri iaitu Millenia Whitening Champ dan beberapa bitamin lain untuk menunjukkan keberkesanan kepada pelanggannya.

Namun, tindakan beliau yang menjadikan Cik B sebagai testimoni bagi produknya telah memberi pengaruh besar kerana kini anaknya turut memiliki ramai peminat.

Baru-baru ini, beliau memuat naik sebuah video yang membuktikan peminat Cik B dalam kalangan pelajar sekolah terlalu ramai sehinggakan apabila DSV menyeru nama anaknya, hampir seluruh pelajar yang berada di dewan sekolah itu bersorak.

Cik B in the house!

Saya bawa Cik B secara Xlusif kat sek Keb Agama Syeikh Malik.. ..

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

“Saya bawa Cik B secara esklusif dekat Sekolah Kebangsaan Agama Syeikh Malik,” tulisnya.

Cik B comel!

Tidak cukup dengan itu, peminat Cik B yang mengikuti akaun Instagram DSV tidak ketinggalan membanjiri ruangan komen dengan menyeru nama Cik B malah ada juga yang memuji kecomelan Cik B ketika hadir ke sekolah tersebut.

Ramainya peminat Cik B!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Dato Seri Vida via OhMyMedia


Apa Kata Anda?