“Tunggu Daddy Kasi Tiket..” – Tidak Berdendam, Rita Rudaini Mahu Bawa Anak Tonton Perlawanan Bola Sepak Bekas Suami

Pelakon, Rita Rudaini menempelak dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya mempunyai dendam sehingga menghalang anaknya berjumpa dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Katanya, dia tiada masalah dengan bekas suaminya itu dan hanya orang diluar sana sahaja suka mereka cerita.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Rita memuat naik gambar anaknya sewaktu kecil bersama Aidil di Instagram.

“Macam-macam spekulasi manusia kalau sis upkan pasal anak-anak. Tak bagi jumpa anaklah, dendam sampai anak jadi mangsalah, tak bagi anak main bola sebab pak dialah.

“Seronok sis baca cerita dongeng rekaan manusia diluar sana. Nah sis belanja gambar anak beranak. Maaf gambar lama tapi sentinmental tau. Pic baru takda so sis belanja gambar lama ja. Sis takda masalah pon dengan bekas suami. Kita tak gaduh pun husnuzon je,” tulisnya.

Tambah Rita, dia berjanji akan membawa anak-anaknya menonton perlawan bola sepak yang melibatkan bekas suaminya itu jika ada masa dan kelapangan.

“Nak buat macam mana dah DNA bapak depa. Tak salahlah sis post gambar depa anak beranak. Sis takda masalah dengan Daddy Ryan and Juna. Harap lepas ni jangan pertikai sis tak bagi itu ini.

“Takkan semua sis nak cerita kat orang. Takpe one day mommy bawak tengok game daddy. Tunggu daddy kasi tiket,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Rita yang menjaga baik hubungan anak-anaknya bersama bekas suami.

Ketika ini, Aidil sedang beraksi untuk pasukan kebangsaan dalam misi untuk membawa pulang piala agung AFF Suzuki Cup 2018.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

 

Sumber: Instagram Rita Rudaini Via Kl Menjerit


Apa Kata Anda?