“Tahun Ini Hadiah Dalam Perut Tau”- Ucapan ‘Sweet’ Almy Nadia Buat Fizz Fairuz

Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi ucapan ‘sweet’ sempena menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Fizz Fairuz.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, Almy mengakui tahun ini dia akan memberikan hadiah istimewa buat suaminya.

“Syukur Alhamdulillah genap umur sayang 39 tahun pada 22/10/18 hari ini.

“Happy birthday my King. Tahun ini hadiah dalam perut tau. Kasih sayang setia pengorbanan itu adalah hadiah untuk mu sayang.

“Tak ada apa yang nak diucapkan, hanya doa seorang isteri sentiasa berada disisimu, dibelakang, didepan, diatas, dibawah bersamamu wahai my King @fizzfairuzofficial.

“I love you sayang, anak-anak sayang papa. Sekali lagi selamat hari jadi my love forever,” tulisnya.

VIDEO :

Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran Fizz serta mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap Almy selamat melahirkan anak ketiga.

Semoga panjang umur dan murah rezeki…

Tahniah di atas pengurniaan pingat…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: IG Almy Nadia, Gempak via VideoViral


Apa Kata Anda?