[VIDEO] “Wow! Power Lah Kakak Ni, Sampai Ke Lagu Latin Pun Dia Boleh Nyanyi” – Ujibakat Mentor 7 Siti Nordiana

KALAU dilihat pada empat nama artis versatil yang menerajui Mentor 7 iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Siti Nordiana dan Hafiz Suip, pastinya harapan tinggi dikatakan terletak atas bahu Syafinaz memandangkan level beliau sebelum ini banyak menjadi juri profesional dalam pelbagai program pertandingan tarik suara.

“Setelah banyak tahun ditawarkan menjadi Mentor,  baru kali ini saya setuju. Sebelum ini terpaksa tolak disebabkan faktor kekangan masa serta jadual kerja sebagai guru vokal di beberapa institusi tinggi tempatan.

“Tapi kali ini bukan kerana dah tak ada kerja, cuma saya ingin sahut cabaran. Kalau fikir kesibukan kerja, memang tak pernah habis.

“Pastinya kriteria protege pilihan, dengan vokal mantap, berkeyakinan tinggi di samping tahu apa yang diinginkan dalam karier nyanyian,” jelas Syafinaz kepada Mangga Media semasa sesi taklimat program realiti tersebut di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Program yang popular dengan tagline ‘Tunjuk Ajarku Sifu’ ini dijangka memulakan siaran Oktober depan. Sebelum itu, beberapa sesi uji bakat terbuka buat warganegara Malaysia berusia 18 hingga 28 tahun bakal diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 18 dan 19 Ogos ini daripada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Untuk sesi uji bakat di Sri Pentas dari pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang dimulakan oleh Syafinaz pada 8-9 September, Aizat (15- 16 September), Hafiz ( 22-23 September) serta Siti Nordiana (29-30 September).

Mentor edisi pertama pada 2005 dan sepanjang tempoh hingga enam tahun lepas, Mentor banyak melahirkan artis versatil hari ini antaranya, Hael Husaini, Black, Aiman Hakim Ridza, Salma Asis dan ramai lagi.

Salah satu peserta yang menghadiri ujibakat Mentor 7

VIDEO :

Layak! Jom undi ramai-ramai!

Ada potensi untuk kakak Nana pilih 😘

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Senang Terhibur via SoyaLemon

 


Apa Kata Anda?