Penyampai Radio Ini Upload Foto Pakai Baju Melayu & Saja-Saja Tag KJ… Lihat Apa Yang Abah Balas, WIN!

Penyampai radio GEGAR, Amirul Agam memuat naik sekeping fotonya mengenakan baju Melayu di laman Instagram.

Memakai sepersalinan lengkap busana berwarna biru bersama samping, secara berseloroh, Agam telah menyebut (mention) nama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) di ruangan kapsyen.

Selain di ruangan kapsyen, Agam juga telah meletakkan ‘tag’ profil KJ di foto terbabit.

“Salam Jumaat. Abang ni jarang pakai nak pakai baju Melayu satu set.

“Tapi kalau pakai satu set, orang kata macam abah YB @khairykj. Ye ke abah?” soal Agam.

Tidak disangka, KJ memberikan respon terhadap soalan Agam di ruangan komen.

“Jangan mimpi di siang hari,” seloroh KJ.

Dalam pada itu, Agam meluahkan rasa terkejutnya di ruangan Instagram Stories kerana tidak menjangkakan yang KJ memberikan respon terhadap fotonya.

“Sekali YB @khairykj komen,” tulis Agam.

Sehingga kini, komen yang ditinggalkan KJ mendapat 103 ‘likes’.

Netizen turut terhibur dengan respon yang diberikan oleh KJ kepada Amirul.

i dah kata dah masa on air tadi jgn cari pasal… kan dah kena sound dgn abah khairykj

jwpn win

Agam bertugas mengendalikan segmen Ceria Pagi Hujung Minggu di stesen GEGAR setiap Jumaat dan Sabtu bermula 6 sehingga 10 pagi.

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Maulidur Rasul tahun ini disambut di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program bagi melahirkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan diadakan penuh ketakwaan dengan perarakan sambil membaca selawat ke atas Nabi untuk menyemarakkan ingatan terhadap Rasulullah SAW. 

Di PUTRAJAYA, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihadiri Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat pada majlis sambutan itu yang juga dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kira-kira 4,000 peserta kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar daripada institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah turut menghadiri perarakan itu. 

Di SELANGOR, sambutan hari kebesaran umat Islam itu dimulakan dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengetuai perarakan yang diadakan di perkarangan Stadium Shah Alam.

Turut berarak Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Haris Kasim dan Mufti Selangor Datuk Mohd. Tamyes Abd Wahid.

Amirudin bersama-sama kira-kira 3,000 peserta daripada 84 kontinjen yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan berarak sejauh kira-kira dua kilometer dari Stadium Shah Alam menuju ke Stadium Melawati sambil mengalunkan selawat.

Di KEDAH, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri berlangsung di Dewan Sri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar diserikan dengan keberangkatan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersama isteri Tok Puan Norzieta Zakaria.

Di PERAK, sambutan yang diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dekat Kamunting hari ini, dihadiri lebih 2,000 orang termasuk Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Sambutan yang turut disertai Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi diisi dengan program ceramah Maulidur Rasul, selawat dan penyampaian anugerah kepada pegawai masjid, pendakwah dan keluarga mithali.

Di PULAU PINANG, sebanyak 55 kontinjen daripada pelbagai agensi, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan kariah masjid menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul di Politeknik Balik Pulau.

Sambutan itu melibatkan seramai 2,700 peserta yang berarak sejauh dua kilometer, bermula dari Maahad Al Mashor Al Islami ke Politeknik Balik Pulau.

Perarakan disertai Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus.

Di TERENGGANU, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama kira-kira 2,000 rakyat Terengganu berarak dari Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu menuju Stadium Negeri.

Perarakan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai disertai kira-kira 66 agensi terdiri daripada jabatan kerajaan, pasukan unit beruniform, institusi pengajian tinggi, sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan.

Berangkat ke majlis itu Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Di JOHOR, sambutan meriah yang disertai kira-kira 7,000 umat Islam dimulakan dengan perarakan di hadapan Sekolah Menengah Sri Mersing melalui Jalan Masjid sejauh satu kilometer diketuai Tengku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang mewakili ayahandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Majlis sambutan yang dihadiri Menteri Besar Datuk Osman Safian kemudiannya diteruskan di Masjid Jamek Bandar Mersing dengan selawat, bacaan ayat suci al-Quran serta ceramah dan diakhiri dengan penyampaian hadiah perarakan dan pakaian terbaik. 

Di MELAKA, seramai 6,429 peserta daripada 111 kontinjen menyertai perarakan sejauh empat kilometer bermula di Stadium Hang Tuah ke Dataran Masjid Al-Azim diketuai Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Di SABAH, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni mengetuai kira-kira 10,000 peserta perarakan Maulidur Rasul daripada 79 kontinjen dari Sutera Avenue ke Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Perarakan sejauh 1.4 kilometer itu turut disertai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar dan beberapa anggota Kabinet Negeri.

Di Sarikei, SARAWAK, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud serta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyertai lebih 5,300 peserta daripada 129 kontinjen Islam dan bukan Islam berarak sejauh 3.5 kilometer bermula di Kompleks Sukan Sarikei sebelum kembali semula ke kompleks itu. 

Turut diadakan ialah ceramah khas, pertandingan sepanduk terbaik dan kontinjen terbaik.

Di PAHANG, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Lebih 3,000 orang daripada 39 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar daripada institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah turut menyertai perarakan yang diadakan.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber :Instagram amirulagam/khairykj via gempak


Apa Kata Anda?