Uqasha & Nelydia Senrose Mewarisi Kecantikan Si Ibu Yang Turut Cantik!

Keluarga Senrose amat sinonim dengan aura kecantikan dan keunikan mereka tersendiri.

Mana tidaknya, lihat sahaja kedua ibu bapa mereka yang bagaikan awet muda  dan memiliki tubuh badan fit, seolah-olah tidak ditelan usia.

Jadi, tidak hairanlah kedua-dua anak dra mereka iaitu Uqasha Senrose (kakak) dan Nelydia Senrose (adik) sering mendapat perhatian ramai.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, 26, sering menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan seperti ‘barbie doll hidup’ dan sering berkongsi gambar di Instagramnya.

Manakala, adiknya pula Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen atau dikenali sebagai Nellydia, 24 tahun pula memiliki senyuman manis dan mata galak.

Anak jati kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini juga sangat sinonim sebagai anak manja dalam keluarga.

Nik Sen (bapa) dan Rosmizai Mohd Nor (ibu) sentiasa memberi sokongan buat kedua-dua anak mereka dalam industri seni.

 

Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nyata, aura kecantikan dua beradik ini datang dari ibunya yang seperti tak terlalu dimakan usia, kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: GengJoyah


Apa Kata Anda?